Wednesday, December 19, 2012

Assalammualaikum w.b.t.

YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan

JEMPUTAN PENYERTAAN "4TH INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON ISLAM, CIVILIZATION AND SCIENCE UKM-KYOTO UNIVERSITY 2013 " (ISIMCAS 2013)

Kami dari pihak Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Centre for Global Studies, Kyoto University ingin menganjurkan " 4th International Symposium on Islam, Civilization and Science UKM-Kyoto University 2013 " (ISIMCAS 2013) yang dicadangkan pada :

Tarikh : 8 - 9 Rabiul Akhir 1434 H /19 - 20 Februari 2013
Tempat : Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia


Tarikh-tarikh penting.

Tarikh penghantaran abstrak 15 Disember 2012
Tarikh penghantaran kertas kerja 15 Januari 2012
Tarikh akhir pembayaran pendaftaran 19 Januari 2012


Yuran

Pembentang tempatan RM 300
Pembentang luar USD 250
Penyertaan RM 250
Pelajar RM 150

Walaubagaimanapun pihak kami masih menerima kertas kerja bagi yang berminat untuk membentangkan dalam simposium ini. Pihak kami juga memohon jasa baik daripada pihak YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan supaya dipanjangkan kepada pihak lain yang berminat menjayakan simposium ini. Sebarang pertanyaan berkenaan simposium boleh dikemukan kepada pihak Sekretariat ISIMCAS 2013 melalui tel, fax ataupun mel-e.

Kehadiran dan penyertaan daripada pihak YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan dalam majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian,


Yang benar,

Sekretariat ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Tel: +603-89216994/6995/6988
Fax:+60389216990
Email: isimcas2013@yahoo.com

No comments:

Post a Comment