Wednesday, February 20, 2013

Ucapan Terima Kasih

Assalammualaikum w.b.t

Pihak Sekretariat ISIMCAS 2013, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana limpah dan kurniaNYA kita telah berjaya melaksanakan persidangan ISIMCAS 2013 dengan jayanya. 

Bagi pihak Sekretariat, saya juga ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua pembentang kertas kerja, peserta dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Insya-Allah pihak Sekretariat akan cuba berusaha menganjurkan program-program ilmu seperti ini lagi dimasa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada deligasi Universiti Kyoto yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Pihak Sekretariat ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang persidangan ini dijalankan, insya-Allah kami akan berusaha untuk meningkatkan kualiti persidangan di masa akan datang.

Sekian, Wassalam.

Ikhlas daripada,
Prof Dato' Dr Mohd Yusof Hj Othman
Pengerusi dan AJK ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, January 22, 2013

Perasmian oleh YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Assalammualaikum w.b.t

Untuk makluman , Insya ALLAH majlis perasmian Simposium akan disempurnakan oleh YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Ucaptama akan disampaikan oleh YBhg Prof. Dr Kosugi Yasushi, Centre for Global Studies, Universiti Kyoto, Jepun & YBhg Prof Madya Dr Mat Rofa B Ismail, Institut Penyelidikan Matematik, UPM (INSPEM)

Bagi yang masih berminat menghadiri sebagai peserta boleh menghubung pihak Sekretariat ISIMCAS 2013. Yuran Penyertaan sebagi peserta adalah sebanyak RM 250 dan Pelajar RM 150.

Maklumat tebaharu berkenaan simposium akan dimaklumkan kemudian.

Sekretariat ISIMCAS 2013
Tel: 0389216990/6994/6995 -(faris)

Thursday, January 10, 2013

Tarikh-tarikh penting


Assalammualaikum w.b.t


Pihak Sekretariat ISIMCAS 2013 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berminat menyertai simposium ISIMCAS 2013.   Terima kasih juga diucapkan kepada pihak  yang telah  menghantar tajuk dan abstrak kertas kerja dalam simposium ini. Walaubagaimanapun sukacita  pihak sekretariat ingin mengingatkan kembali  tarikh-tarikh penting berkenaan simposium sepertimana berikut:

Tarikh akhir penghantaran abstrak                    15 Januari 2013
Tarikh akhir penghantaran kerats kerja             30 Januari 2013
Tarikh ISIMCAS 2013                                    19-20 Februari 2013

Kepada pihak yang masih belum menghantar tajuk dan  abstrak, pihak sekretariat memohon supaya dihantar pada tarikh berkenaan supaya tentatif dapat disusun mengikut tema yang telah ditetapkan. Kerjasama dari semua pihak kami dahulukan dengan ucapan terima kasih


Sekian. 

Sekretariat ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia 

Wednesday, December 26, 2012


Assalammualaikum..

YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/ Tuan/ Puan


Berikut adalah tarikh penting terkini ISIMCAS 2013


Pengesahan tajuk kertas kerja 31 Disember 2012
Tarikh akhir penghantaran abstrak 15 Januari 2013
Tarikh akhir penghantaran kertas kerja 30 Januari 2013

Sebarang pertanyaan berkenaan ISIMCAS 2013 boleh dikemukan kepada pihak sekretariat dan maklumat berkenaan ISIMCAS juga boleh diperolehi di:

www.isimcas2013.blogspot.com
www.facebook.com/isimcas



Sekian,

Yang benar,
Sekretariat ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel: +603-89216994/6988/6995
Email: isimcas2013@yahoo.com



Tuesday, December 25, 2012

pamplet ISIMCAS 2013




*TARIKH PENTING  TERKINI :

PENGESAHAN TAJUK KERTAS KERJA : 31 DISEMBER 2012
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN ABSTRAK : 15 JANUARI 2013
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS KERJA: 30 JANUARI 2013


Wednesday, December 19, 2012

Assalammualaikum w.b.t.

YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan

JEMPUTAN PENYERTAAN "4TH INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON ISLAM, CIVILIZATION AND SCIENCE UKM-KYOTO UNIVERSITY 2013 " (ISIMCAS 2013)

Kami dari pihak Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Centre for Global Studies, Kyoto University ingin menganjurkan " 4th International Symposium on Islam, Civilization and Science UKM-Kyoto University 2013 " (ISIMCAS 2013) yang dicadangkan pada :

Tarikh : 8 - 9 Rabiul Akhir 1434 H /19 - 20 Februari 2013
Tempat : Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia


Tarikh-tarikh penting.

Tarikh penghantaran abstrak 15 Disember 2012
Tarikh penghantaran kertas kerja 15 Januari 2012
Tarikh akhir pembayaran pendaftaran 19 Januari 2012


Yuran

Pembentang tempatan RM 300
Pembentang luar USD 250
Penyertaan RM 250
Pelajar RM 150

Walaubagaimanapun pihak kami masih menerima kertas kerja bagi yang berminat untuk membentangkan dalam simposium ini. Pihak kami juga memohon jasa baik daripada pihak YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan supaya dipanjangkan kepada pihak lain yang berminat menjayakan simposium ini. Sebarang pertanyaan berkenaan simposium boleh dikemukan kepada pihak Sekretariat ISIMCAS 2013 melalui tel, fax ataupun mel-e.

Kehadiran dan penyertaan daripada pihak YBhg Prof Dr/ Prof Madya/ Dr/Tuan/ Puan dalam majlis ini amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian,


Yang benar,

Sekretariat ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Tel: +603-89216994/6995/6988
Fax:+60389216990
Email: isimcas2013@yahoo.com