Wednesday, February 20, 2013

Ucapan Terima Kasih

Assalammualaikum w.b.t

Pihak Sekretariat ISIMCAS 2013, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana limpah dan kurniaNYA kita telah berjaya melaksanakan persidangan ISIMCAS 2013 dengan jayanya. 

Bagi pihak Sekretariat, saya juga ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua pembentang kertas kerja, peserta dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Insya-Allah pihak Sekretariat akan cuba berusaha menganjurkan program-program ilmu seperti ini lagi dimasa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada deligasi Universiti Kyoto yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Pihak Sekretariat ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang persidangan ini dijalankan, insya-Allah kami akan berusaha untuk meningkatkan kualiti persidangan di masa akan datang.

Sekian, Wassalam.

Ikhlas daripada,
Prof Dato' Dr Mohd Yusof Hj Othman
Pengerusi dan AJK ISIMCAS 2013
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia

No comments:

Post a Comment